8 Tip Mudah Untuk Miliki Gigi Putih Berseri Bak Selebriti










Memiliki gigi putih berseri merupakan impian bagi setiap individu, tetapi ramai yang tidak berani untuk mencuba kaedah pemutihan gigi menggunakan bahan kimia.

Jangan risau, REMAJA ingin berkongsi petua yang boleh kamu lakukan sendiri di rumah dan kaedah ini sama sekali tidak akan merosakkan enamel atau mendatangkan keburukan pada gigi.

Jika melakukannya secara kerap, InsyaAllah ia dapat memutihkan gigi dan menguatkan gusi. Selepas ini, kamu bolehlah mengukir senyuman manis bak selebriti.

1. DIY ubat gigi

Campurkan satu sudu besar kunyit dan minyak kelapa bersama 2 atau 3 titik minyak pudina. Gunakan campuran ini seperti kamu gunakan ubat gigi biasa untuk memberus gigi.

Ia bukan sahaja dapat memutihkan gigi dan menyegarkan nafas, malah mampu untuk menjaga enamel kamu dengan baik. Lihat arahan dengan lebih terperinci di sini.

2. Tea tree oil

Cairkan 5 titik tea tree oil asli di dalam setengah gelas air dan kumur pada setiap hari selepas memberus gigi. Lihat hasilnya selepas beberapa minggu. Untuk kesan yang lebih hebat, bersihkan gigi kamu dengan setitik minyak ini sekali atau dua kali seminggu.

3. Pes Strawberi

Ambil strawberi dan hancurkannya dengan sudu. Campurkan bersama garam laut dan kisarkan. Letakkan pes yang dihasilkan pada berus gigi dan berus sehingga beberapa minit. Kemudian, bilas mulut dengan air. Untuk kesan ketara, lakukan cara ini dengan kerap.

4. Minyak kelapa

Sapukan sedikit minyak kelapa pada gigi sebelum memberus gigi. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian barulah kamu boleh memberus gigi menggunakan ubat gigi. Ulangi kaedah ini 2 atau 3 kali seminggu.

5. Kulit pisang

Kulit pisang mengandungi bahan-bahan yang boleh melarutkan plak gigi dan membantu mengekalkan warna yang sempurna pada gigi kamu. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada gigi dan tunggu sehingga 5-7 minit. Kemudian, bilas dan berus gigi seperti biasa.

6. Cuci dengan lemon

DIY pencuci mulut dengan lemon ini membantu untuk memutihkan gigi secara beransur-ansur dan menjaga kesegaran nafas. Ambil tiga biji lemon dan sedikit garam halus, campurkan bersama dan kumur dengan bersih selepas selesai memberus gigi.

Amalkan kaedah ini 2 atau 3 kali seminggu. Diingatkan kepada kamu yang mempunyai radang dalam mulut, elakkan daripada mencuba petua ini.

7. Daun basil

Giling daun basil segar untuk dijadikan sebagai pes dan gunakannya dengan kerap untuk memutihkan gigi serta menjadikan gigi lebih kuat. Sapukan selama 5 hingga 10 minit sebelum memberus gigi seperti biasa.

8. Aloe vera

Untuk mendapatkan senyuman menawan ala-ala selebriti, gunakan jus segar lidah buaya atau beli sahaja gel semulajadi yang diperbuat daripada tumbuhan ini. Gosokkan sedikit pada gigi dengan menggunakan berus gigi dan bilas dengan bersih.

Kamu boleh melakukannya setiap kali selesai memberus gigi. Lihat hasilnya selepas beberapa minggu, pasti gigi menjadi putih berseri dan tidak lagi perlu risau untuk berhadapan dengan orang lain.

Selamat mencuba!

Sumber: brightside.me

(REMAJA)

[4768251]

Facebook Comments