Mark Zuckerberg diberi penghormatan beri ucapan majlis konvokesyen Universiti Harvard


Zuckerberg berhenti belajar dari Harvard ketika dalam tahun kedua untuk memberi tumpuan kepada penubuhan Facebook. – Reuters BEKAS pelajar Harvard yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, akan memberi ucapan dalam majlis konvokesyen Universiti Harvard, Mei depan.

Zuckerberg menjadi bekas pelajar kedua universiti tersohor itu yang diberi penghargaan sedemikian, biarpun dia sendiri tidak sempat menghabiskan pengajian. Sebelum ini, jutawan Microsoft, Bill Gates, juga pernah memberi ucapan di acara konvokesyen universiti tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebook, Zuckerberg dipaparkan sedang duduk berbincang dengan Gates, tentang pengalaman yang dilaluinya semasa memberikan ucapan itu 10 tahun lalu.

Menariknya, Gates memberikan ucapan itu ketika acara konvokesyen yang membabitkan isteri Zuckerberg, Priscilla, yang tamat pengajian pada tahun 2007.

Zuckerberg berhenti belajar dari Harvard ketika di tahun kedua untuk memberi tumpuan kepada penubuhan Facebook, yang kini memiliki lebih 1.8 bilion pengguna aktif, dengan nilai keuntungan 27 bilion pada tahun 2016.

(Astro Awani)

[4762935]

Facebook Comments