Produk Kosmetik Mahal VS Murah, Ada Beza Ke?








Apabila berbicara soal produk kecantikan, ramai di antara wanita yang lebih percaya kepada produk mahal dan berjenama berbanding alat kosmetik yang lebih murah. Persoalannya, adakah benar kita perlu berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan hasil yang lebih menawan?

Satu kajian telah pun dibuat oleh Bright Side untuk mencari jawapan bagi dilema yang dihadapi oleh kaum wanita dalam membandingkan antara hasil solekan daripada produk berjenama mahal dan murah.

Mari kita lihat bagaimana hasilnya.

Kulit wajah

Kosmetik murah (Dari kiri): Foundation yang murah mempunyai tekstur yang tidak padat dan ia tidak mampu untuk menjadikan kulit tampak licin dan flawless. Pemerah pipi yang digunakan memberikan tona yang tidak sekata dan menjadikan kulit muka kelihatan seakan berwarna oren.

Harga: Foundation – $7 (RM31.20), Pemerah pipi – $6 (RM26.75)

Kosmetik mahal (Dari kanan): Foundation yang berjenama dapat menyembunyikan kesan cela pada wajah dengan baik. Begitu juga dengan pemerah pipi tampak seimbang dengan foundation yang digunakan.

Harga: Foundation – $54 (RM240.70), Pemerah pipi – $43 (RM191.65)

Mata

Kosmetik murah (Dari kiri): Tekstur eye shadow yang digunakan agak tebal dan tidak comot. Manakala, eyeliner ini mudah digunakan dan mempunyai berus yang mudah dibentuk. Maskara pula tidak mengecewakan tetapi agak berketul-ketul.

Harga: Eye shadow – $10 (RM44.55), Eyeliner – $7.50 (RM33.40), Maskara – $9 (RM40.10)

Kosmetik mahal (Dari kiri): Pembayang mata mempunyai tekstur yang cukup sempurna dan begitu juga dengan eyeliner dan maskara yang digunakan, hasilnya kelihatan sama seperti produk kosmetik berjenama murah.

Harga: Eye shadow – $46 (RM205), Eyeliner – $32 (RM142.65), Maskara – $29 (RM129.25)

Bibir

Kosmetik murah (Dari kiri): Gincu ini tampak lebih berkilau dan mempunyai bau yang sangat pelik. Walau bagaimanapun, ia masih tetap kelihatan baik.

Harga: $8 (RM35.65)

Kosmetik mahal (Dari kanan): Merupakan gincu matte dan mempunyai bau yang menyenangkan. Namun, ia kelihatan agak kering dan sukar untuk meratakannya.

Harga: $35 (RM156)

Hasilnya

Jika lihat pada gambar, kamu mungkin sukar untuk membezakan yang mana satu daripada kosmetik mahal dan murah. Namun, hasil foundation yang digunakan jelas memperlihatkan produk kosmetik murah tampak bertompok.

Kajian ini tidak lengkap jika tidak diuji dalam situasi sebenar. Dua ujian telah pun dilakukan, model diminta untuk berjalan kaki sewaktu hujan dan diminta untuk memakan buah epal untuk sesi ujian yang kedua.

Ujian dalam hujan

Kosmetik murah (Dari kiri): Walaupun dilabel dengan produk kalis air, tetapi ia tetap gagal kerana kosmetik yang digunakan cair dan berlumur pada wajah. Foundation pula kelihatan tidak banyak berubah, mungkin juga kerana solekan sebelum itu juga tidak kelihatan sangat ketara pada wajah.

Kosmetik mahal (Dari kanan): Kesemua alat kosmetik yang berjenama mahal dilihat tidak meninggalkan kesan pada wajah dan dalam keadaan yang masih baik.

Ujian makan epal

Kosmetik murah (Dari kiri): Gincu menjadi pudar dan menghilangkan kesan warna pada bibir.

Kosmetik mahal (Dari kanan): Warna gincu semakin pudar ke arah pusat bibir, namun ia masih kelihatan dalam keadaan yang baik.

Secara kesimpulannya, tidak semua produk murah itu tampak berbeza dengan produk yang mahal. Produk kosmetik murah juga mampu untuk menghasilkan solekan yang menawan jika kena pada cara. Jika ingin berbelanja besar untuk mendapatkan produk yang lebih berkualiti pun tidak ada salahnya. Pendek kata, tepuk dada tanya selera.

(REMAJA)

[4761690]

Facebook Comments