14 Fakta Tentang Tubuh Wanita Yang Ramai Tidak Tahu















Wanita adalah seorang individu yang sering dianggap misteri kerana personaliti dan sifatnya yang sukar di ramal. Walau bagaimanapun, satu kajian saintifik telah dilakukan bagi merungkai rahsia keunikan sebenar tentang diri wanita.

Ada yang menganggap bahawa wanita dan lelaki itu pada dasarnya tidak mempunyai perbezaan, namun dalam kajian yang telah dijalankan, hasilnya menunjukkan bahawa memang sifat lahiriah seorang wanita dan lelaki itu berbeza.

Berikut merupakan 14 fakta luar biasa yang telah dipilih oleh Bright Side mengenai tubuh badan wanita.

1. Jantung wanita berdegup lebih pantas daripada lelaki.

2. Wanita membakar lemak lebih perlahan daripada lelaki, iaitu kira-kira 50 kcal sehari.

3. Wanita mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat berbanding laki-laki.

4. Diameter rambut wanita dua kali ganda lebih kecil berbanding lelaki.

5. Wanita mempunyai deria rasa manis yang lebih berbanding lelaki.

6. Wanita lebih baik dalam membezakan antara warna berbanding lelaki kerana sensitiviti kromatik bersambung terus kepada kromosom X.

7. Wanita berkelip dua kali ganda berbanding lelaki.

8. Kulit wanita 10 kali ganda lebih sensitif daripada kulit lelaki.

9. Tubuh wanita adalah lebih fleksibel jika hendak dibandingkan dengan lelaki.

10. Wanita boleh mengesan frekuensi bunyi jauh lebih baik daripada lelaki.

11. 30 peratus wanita hamil mengidam makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu mengandung.

12. Wanita menangis dalam purata 30 hingga 64 kali setahun, manakala lelaki hanya menangis sebanyak 6 hingga 17 kali.

13. Sejak lahir lagi, wanita dikurniakan deria bau yang baik berbanding lelaki.

14. Wanita mempunyai saraf reseptor yang lebih kuat daripada lelaki, jadi jika terluka mereka akan lebih rasa sakit.

(REMAJA)

[4761131]

Facebook Comments