Koenigsegg Umum Regera Pertama Dibina Untuk Pelanggan




Pada 2015, Koenigsegg telah menunjuk prototaip pertama model kereta terbarunya, kereta hyper hibrid Koenigsegg Regera, di Geneva Motor Show. Kini, Koeniigsegg telah menayangkan dua Regeranya yang telah siap dibina untuk pelanggan.

Dijangka akan dipamerkan di Geneva Motor Show pada minggu hadapan, Regera ini dengan gah telah dibina dengan enjin hibrid V8 twin-turbo dengan tiga motor elektrik digabungkan dengan kuasa bateri baru ‘powertrain’ yang canggih dinamakan ‘Koenigsegg Direct Drive’. Dengan adanya teknologi ini, bermakna kereta ini kini lebih ringan dan efisyen.

Menurut semakan, kereta ini mampu mengeluarkan sehingga 1500 kuasa kuda,bermakna kereta ini mampu mencecah 186km/j dalam hanya 10 saat, yang sepadan dengan namanya Regera yang bermaksud ‘menakluki’ dalam Bahasa Sweden kerana ia menawarkan kuasa, responsive, dan kemewahan yang tidak dapat ditandingi.

Ciri-ciri dalaman ditambah penebat, 8 kerusi larasan elektrik yang boleh dilaraskan secara automatik, sistem “infotainment Koenigsegg 9″, sistem kamera 4G dan sambungan Wi-Fi, depan, bahagian tengah dan belakang dengan rakaman keupayaan, Apple CarPlay, sistem penggera bunyi yang tertinggi, kualiti pencahayaan dan banyak ciri-ciri lain yang baru.

Menurut halaman Koenigsegg juga di laman webnya, Regera yang dibina sepenuhnya dengan tangan ini hanya akan dikeluarkan dalam 80 buah sahaja di pusat pengeluaran Koenigsegg di Ängelholm, Sweden.

SAFWAN SAADON

[4751879]

Facebook Comments