Pemenang Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ Diberi Peluang Membintangi Filem Pendek Bersama Sazzy Falak Keluaran MiG Productions



PETALING JAYA: Finalis-finalis pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ pada sabtu telah berjaya menggegarkan pusat membeli-belah Alamanda di Putrajaya, dengan 12 peserta secara habis-habisan telah menggunakan bakat mereka untuk memenangi pertandingan dan merebut peluang sekali-seumur-hidup untuk membintangi filem pendek bersama Hos TV Malaysia, pelakon dan duta Orchid, Sazzy Falak, yang akan dikeluarkan oleh syarikat produksi gergasi tempatan Metrowealth International Group (MiG) Productions.

Dalam usaha untuk memperkasakan wanita untuk mengatasi topik kebersihan intim feminin tanpa rasa malu, jenama baru pembersih khusus wanita, Orchid, telah menganjurkan buat pertama kali pertandingan ‘Be Yourself’ yang juga bersempena dengan kempen anjurannya bernama #Malu?TakMalu! yang menggalakkan wanita mengenakan keyakinan untuk menyertai perbualan.

Pertandingan kali ini yang telah bermula pada 30 Mei 2016 di halaman Facebook rasmi Orchid, dimana ia telah berjaya menarik minat ratusan peserta yang telah mempamerkan bakat mereka melalui halaman sosial Orchid. Dari kesemua ini, 12 perserta akhirnya telah dipilih dari kesemua peserta untuk bertanding di peringkat akhir.

Kesemua mereka yang telah dipilih untuk ke peringkat akhir juga tidak mengecewakan apabila pada sabtu, mereka telah berjaya memukau para juri dan penonton dengan bakat-bakat mereka. Kesemua pemenang pertandingan ini, Hamiza Hanapi, 32, dari Selangor, tempat kedua Noor Lyianna Binti Akhir Rudin, 25, dan tempat ketiga Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32, telah berjaya memenangi hati juri, duta Orchid, Sazzy Falak, Pengurus produk, isi rumah & penjagaan diri, bahagian pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Tan Joo, dan Cik Carrol Tan yang mewakili Watsons Malaysia dengan bakat lakonan mereka.

“Kesemua wanita-wanita ini mempunyai apa yang diperlukan sebagai penghibur – bakat, gaya persembahan dan dari apa yang dapat dilihat, terdapat cukup banyak idea, perancangan, dan latihan bagi mereka yang cemerlang. Walau bagaimanapun, terdapat tiga yang telah berjaya menyinar melebihi peserta lain melalui kawalan pentas, keyakinan, interaksi penonton, gaya persembahan dan kreativiti. Secara keseluruhan, persembahan bakat adalah amat mengagumkan,” kata Sazzy.

Kata pemenang utama pertandingan, Hamiza Hanapi, yang telah berjaya memenangi peluang sekali-seumur-hidup untuk membintangi filem pendek bersama Sazzy Falak, keluaran MiG productions selain wang tunai sebanyak RM3,000 dan hamper produk barangan Orchid, “terima kasih Orchid kerana memberi saya peluang sebesar ini! Saya telah mendapat sokongan yang luar biasa dari kawan-kawan dan keluarga saya dalam pertandingan. Ia telah mengambil masa yang lama untuk persediaan dan menyempurnakan persembahan saya, tetapi setiap saat adalah berbaloi. Kepada semua wanita di luar sana, jangan lupa untuk sentiasa yakin dan jadi diri sendiri! Jangan ‘malu’ tunjukkan kepada dunia apa yang anda miliki!”

Orchid Pembersih Khusus Wanita

Rangkaian pembersih khusus wanita, Orchid, mengandungi bahan-bahan permbersihan berkhasiat seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih yang secara perlahan akan menghilangkan bau, serikan dan menguatkan kulit halus, dengan itu menyediakan penyelesaian yang seimbang dan memenuhi keperluan setiap jenis kulit. Formula lembut ini untuk meningkatkan kebersihan, keselesaan dan keseimbangan intim di samping membantu mengurangkan kegatalan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh pH bahagian sulit wanita yang tidak seimbang.

Orchid Feminine Wash boleh didapati dalam tiga varian Intim, Romantis dan Anggun dan boleh dimiliki dalam botol sebesar 210ml yang dijual pada harga RM4.75 untuk setiap botol.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen #Malu?TakMalu! Orchid, dan tips terbaik kebersihan feminin, sila layari https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/.

[4750347]

Facebook Comments