13 Kesalahan Harian Yang Perlu Kamu Elak















Sering kali kita mendengar tentang etika di meja makan dan hanya menganggap majlis-majlis formal sahaja mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.

Namun begitu, kehidupan seharian juga sebenarnya mempunyai etika yang harus diikuti bagi mendidik peribadi yang berdisiplin.

Walaupun perkara-perkara ini dilihat remeh, tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin dan menunjukkan bahawa kamu seorang yang peka terhadap keadaan di sekeliling.

REMAJA yakin kesalahan-kesalahan yang ditunjukkan ini membuatkan kamu tidak sangka bahawa selama ini perkara-perkara yang dianggap biasa juga mempunyai etika yang sebenarnya perlu dipatuhi.

Jom semak 13 senarai kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan.

Biasanya kita akan membiarkan payung dalam keadaan terbuka dan dibiarkan sahaja di hadapan rumah. Sebaliknya, payung yang basah perlu dilipat dan diletakkan di suatu tempat khas.

Jika ingin mempamerkan kasih sayang, tidak perlu sehingga lelaki harus memegang beg tangan wanita. Ini sangat tidak cool okay!

Memilih pakaian yang tepat walaupun hanya untuk berada di rumah. Janganlah sampai ke tengah hari kamu masih menyarung baju kelawar. Cari pakaian lain yang selesa dan lebih kemas.

Dalam rumah pun nak pakai topi ke? Erkk!

Elakkan bersolek di tempat awam. Kamu boleh sahaja membetulkan rambut di mana sahaja tetapi tidak untuk mengenakan solekan. Lakukannya di dalam tandas adalah lebih baik.

Bagaimana cara sebenar untuk kamu duduk jika memakai seluar. Lebih manis kan?

Dalam situasi membayar bil makanan, lazimnya individu yang mempelawa kamu keluar yang akan membayar segala bil. Dipendekkan cerita, kalau keluar dating dengan boyfriend, mestilah boyfriend yang bayar kan?

Atau pun kamu boleh bergilir-gilir untuk membayarnya. Bukanlah membahagikan duit sama rata di tempat makan tersebut.

Pilih panggilan yang penting sahaja untuk menerima panggilan ketika janji temu.

Etika ini paling penting kerana ia menunjukkan personaliti sebenar kamu. Ketika berbual, elakkan bercakap terlalu kuat dan emosional. Sebaliknya, cuba perlahankan suara tanpa perlu meninggikan suara.

Kedudukan sebenar sudu dan garpu selepas waktu makan.

Shopping bag tidak sesuai dijadikan sebagai tas tangan okay?

Pertama kali bertemu dengan individu yang tidak kamu kenali, biasakan memanggil dengan panggilan encik/cik sebelum memanggil nama mereka.

Sebelum masuk ke ruang kamar, ketuk pintu terlebih dahulu untuk memberi ‘signal’ kepada individu yang ada di dalam bilik tersebut dan mengelakkan mereka daripada terkejut.

Sumber: brightside.me

(REMAJA)

[4749980]

Facebook Comments