Hilux lebih sporty




Bagi merancakkan lagi jualan kenderaan 4×4, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) melancarkan Toyota Hilux 2.4G AT Edisi Terhad yang lebih memukau.

Model terbaru berharga RM126,000 dilengkapi aksesori tulen Toyota yang menjadikannya lebih sporty dengan padanan imej lasak.

Sejak dilancarkan Mei tahun lalu, Hilux sudah terjual lebih 18,000 unit di seluruh negara. Model itu berjaya mengekalkan popularitinya dengan lebih 200,000 unit sudah terjual di seluruh negara sejak dilancarkan pada 2005.

Kenderaan lasak itu menjadi antara model paling laris bagi UMWT dalam tempoh 10 tahun lalu. Generasi baru Hilux ini memberikan nilai lebih baik kepada pelanggan.

Ia dilengkapi enjin diesel termaju 2.8 liter dan 2.4 liter menawarkan kuasa enjin serta tork lebih baik. Enjin ini yang digabungkan bersama kotak gear enam kelajuan manual dan automatik mampu membekalkan kuasa serta daya pecutan tinggi selain kecekapan bahan api.

Seperti varian Hilux lain, edisi terhad ini ditawarkan dengan jaminan 150,000km atau lima tahun dan boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya.

Hilux 2.4G STD (manual dan automatik varian) ditawarkan dengan harga bermula daripada RM108,500 manakala Hilux 2.4G AT Edisi Terhad boleh didapati di semua bilik pameran Toyota bermula 17 Februari lalu.

(myMetro)

[4739568]

Facebook Comments