Padat, Penuh Dengan Aksi, Banyak Momen Kelakar.. Kami Bagi 9/10 Bintang Untuk Filem Logan! – OHBULAN!









Filem Antarabangsa

Semalam kami berpeluang untuk menonton filem Logan. Kami pasti ramai diantara anda yang layan filem yang diadaptasi dari komik X-Men ni kan? Bagi kami, semua filem X-Men memang tidak pernah mengecewakan. Sebelum filem ni dikeluarkan, ada desas desus mengatakan watak Wolverine akan dimatikan. Eh betul ke ni?

Macam mana X-Men tanpa Wolverine lepas ni? Jadi kami tak sabar untuk lihat bagaimana perjalanan dan cabaran Wolverine kali ni. Lebih-lebih lagi di poster Logan ada seorang budak kecil bersamanya. Siapa sebenarnya budak tu?

Wolverine tampil dengan imej, karakter biasa

Jika filem-filem sebelum ni watak Wolverine (dilakonkan oleh Hugh Jackman) sering tampil gagah dan kemas. Tapi dalam filem Logan ni dia kelihatan seperti tidak terurus, kedut dimuka dan uban di rambut kelihatan. Malah luka dan parut di seluruh badannya seperti tidak hilang.

Selain dari bilah tajam di tangannya, Wolverine juga mempunyai kekebalan seperti dapat sembuh dengan cepat jika berlaku kecederaan teruk. Apa dah jadi?

Profesor X dengan watak yang anda tak pernah lihat sebelum ni

Profesor X terkenal dengan sikap tenang dan serious. Seperti Wolverine, dia semakin tua dan mengalami sakit sawan. Prodesor X dijaga oleh Wolverine supaya dia dapat teruskan hidup. Tapi apa lainnya mengenai Profesor X dalam filem ni, dia banyak mengeluarkan dialog dan mimik muka yang sangat kelakar. Kami pasti dalam panggung anda akan gelak tak ingat.

Lakonan Laura sangat mantap & dia sangat comel

Nama Dafnee Keen mungkin anda tidak pernah dengar langsung sebelum ni, tapi kami boleh katakan dia adalah hero sebenar dalam filem ni. Memegang watak sebagai Laura, lakonannya sangat mantap. Walaupun dia tidak bercakap langsung separuh dari durasi sebenar filem ni, tapi mimik muka, ekspresi yang ditampilkan sangat mantap. Dia juga sangat comel. Penampilan pertamanya dalam filem besar seperti wajar diberikan pujian.

Permulaan agak lambat tapi selepas tu

Permulaan filem ni mungkin agak lambat, tapi bila ada seorang perempuan datang jumpa Wolverine dan meminta pertolongannya, pada ketika itu dan selepas itu anda akan layan sepenuhnya filem Logan ni. Paling best sekali part Wolverine dan Laura bergabung lawan musuh.

Wolverine bunuh Profesor X?

Ooops, spoiler alert. Ada satu scene dimana Wolverine masuk ke dalam bilik tidur Profesor X dan terus membunuhnya. Profesor X terkejut dan tak mampu berkata apa-apa. Adakah ianya mimpi atau realiti? Adakah Wolverine bunuh Profesor X untuk kebaikannya sendiri? Haa yang tu anda kena tengok sendiri.

Pengakhiran movie yang anda tidak akan sangka

Last sekali apa yang kami boleh katakan mengenai filem ni ialah dalam banyak-banyak filem X-Men, filem ni paling padat, gempak dan awesome kami pernah tengok. Sebab ia lain dari yang lain. Bukan dengan hanya scene berlawan sahaja, malah ia turut memasukkan moral values dalam filem ni.

Kami nak cakap banyak takut tercerita satu movie pula. Anda tengok la sendiri. Adakah akhir sekali Wolverine akan mati? Mungkin ya dan mungkin tidak. Huhu. Enjoy the movie!

(OHBULAN)

[4727604]

Facebook Comments