Mazda RX7 gagah


Sejak diperkenalkan pada 1972 hingga 2002, Mazda RX7 yang tampil dengan beberapa varian menjadi bualan kaki kereta kerana menggunakan nadi rotary.

Enjin itu ciptaan jurutera Jerman Dr Felix Wankel pada 1924 dan diguna pakai pertama kali oleh Mazda pada 1957.

Keistimewaan enjin ini ialah daya tujah dan tenaga yang tinggi sekitar 280hp (kuasa kuda) walaupun hanya bersesaran 1,300cc.

Anak muda dari Kulim, Kedah, Ilya Izzaini Azmi, 25, merombak jentera RX7 FD3S miliknya menjadi sebuah kereta untuk kegunaan drift yang cukup berkuasa.

Jentera tahun 1992 itu ternyata memukau bukan sahaja rupa luaran unik, sebaliknya enjin asal yang masih melekat pada jentera dinaik taraf keseluruhannya supaya lebih berkuasa.

Terlalu banyak komponen berprestij digunakan antaranya Comp Turbo 1,000hp, klac terus plat berkembar 1,000hp, Unbreakable Apex Seals dan sebagainya berjaya melonjakkan kuasa nadi kepada 400hp.

Faktor kelajuan turut dibantu penambahan tabung gas Torq Nitrous yang menawarkan lebih kuasa pecutan ketika beraksi.

Selepas menempatkan pelbagai komponen untuk tujuan prestasi, keselarasan enjin rotary ini dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer Microtech LT10C.

Sebagai jentera untuk kegunaan drift, sudah pasti sudut dalaman turut menerima perubahan. Jentera ini turut dilengkapi kerangka keselamatan dan penggunaan sepasang talipinggang G-Force menawarkan lebih keselamatan terhadap pemandu dan penumpang.

Bahagian pemanduan pula dirombak untuk keselesaan terutama pedal jentera ditukar kepada jenis Willwood Racing Padel. Pemandu turut selesa

di atas kerusi bucket Recaro manakala brek tangan diubah suai menggunakan brek tangan Tonkka yang khusus untuk sukan itu.

Pelbagai meter tambahan dan butang suis pelbagai fungsi menjadikan imej jentera sebagai kenderaan kegunaan litar cukup terserlah. Suspensi dari F-Tuned memastikan jentera ini ‘terkawal’ ketika beraksi.

Dikenali dengan nama Rotor Gangsta 11, jentera ini juga mempunyai rupa luaran berbeza daripada asal apabila keseluruhan kit badan termasuk bampar dan spoiler menggunakan R Magic Bodykit khusus.

Uniknya kit badan itu mudah dipasang dan cukup ringan selain lebih gah dengan padanan Rim Advan RG bersaiz 18 inci.

Pengubahsuaian jentera ahli kelab Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) ini dilakukan di Shifter Autocraft di Pulau Pinang dan menelan kos hampir RM80,000. Jentera ini pernah menempa nama apabila memenangai acara Melaka Drift Battle pada 2014.

INFO

mazda rx7 fd3s 1992

• Enjin 13B 1,300cc Rotary

• Unbreakable Apex Seals

• Comp Turbo Rated 1,000hp

• Direct Clutch Twin Plate Rated 1,000hp

• Microtech LT 10C

• Painless Wiring

• MSD Fairing System

• Automotive Fuel Pump

• Jegs Fuel Pump

• Willwood Racing Pedals

• Choromoly Longshaft

• TTI 6 Speed Sequential

• F-Tuned Suspention

• Recaro Seat

• G-Force Seatbelt

• Tonkka Handbrake

• R Magic Bodykit

• Advan RG 2 Rim 18 inci

(myMetro)

[4702511]

Facebook Comments