Senaman Kardio Ini Boleh Buat Punggung Anda Cantik Bak Jennifer Lopez


Boleh kata ramai wanita yang idamkan bentuk punggung yang mantap bak Jennifer Lopez tetapi tidak tahu cara untuk realisasinya.

Gambar : Shutterstock

Usah bimbang lagi kerana dengan senaman yang direka oleh pihak CosmoBody dan fitness trainer, Adam Rosante ini boleh membantu anda untuk kecapinya.

Sebaiknya, lakukan senamana ini sebanyak 10 hingga 12 reps pada setiap pergerakan mengikut urutan serta ulanginya sebanyak dua ke tiga kali. Sebelum meneruskan pusingan yang baru, berehat seketika.

1. Squat pensel

Berdiri tegak dengan kaki rapat dan tegakkan tangan melepasi kepala serta tapak tangan memandang ke dalam. Lompat dengan squat berjarak besar manakala kaki pula menghadap 45 darjah ke sisi. Ketika merendahkan tubuh, bawa tangan ke bawah dan sentuh pada belakang tumit.

2. Marching Hip Raises

Baring menelentang dengan lutut dibengkokkan, tumit berada dekat dengan punggung dan tangan pula diletakkan di bahagian tepi dan memandang ke bawah. Tekan bahagian tumit ke atas lantai untuk mengangkat pinggul ke arah atas. Dari kedudukan ini, kuatkan glutes kamu dan angkat kaki kanan dari tanah sehingga lutut kanan melepasi pinggul kiri. Turunkan kaki kanan semula di tempat asal dan ulang kaki kiri pula untuk lengkapkan satu pusingan.

3. Lateral Skaters

Berdiri di atas kaki kiri tanpa menyandar pada apa-apa tetapi letak tangan di bahagian sisi tubuh. kaki kiri silang membelakangkan kaki kanan dan arahkan jari kaki kiri ke kanan. Dalam pergerakan mudah, bawa lengan ke atas ketika meloncat mengubah kaki kanan ke kaki kiri, kemudian lunjurkan kaki kanan ke belakang kaki kiri, ketika itu lepaskan tangan ke bawah untuk melengkapkan satu pusingan.

4. Drop Kicks

Berdiri dengan kaki dijarakkan lebih pada pinggul manakala lutut dan siku dibengkokkan, tangan diangkat dan tapak tangan digenggam. Kekalkan dada tegak dan duduk dalam keadaan squat paling rendah. Ketika bangun, jatuhkan tangan dan tendang kaki kiri menegak ke depan. Kemudian, bawa kaki kembali ke tempat asal dalam kedudukan squat tadi. Ulang tendangan sama dengan kaki kanan pula untuk melengkapkan satu pusingan.

Sumber : Cosmopolitan.my

(EH)

[4669174]

Facebook Comments