Honda Dash Fi edisi terhad


Bagi melengkapkan barisan moped tempatan, Boon Siew Honda memperkenalkan model Wave Dash Fi Edisi Terhad selepas menerima sambutan hangat untuk model EX5 Fi Edisi Terhad yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Gabungan warna badan dan grafik baru meningkatkan penampilan santai dan bergaya Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad ini antaranya tayar tanpa tiub dengan pelekat rim merah eksklusif, memberikan wajah baru lebih garang terhadap jentera ini.

Malah, padanan grafik dan warna hitam matte menjadikan motosikal ini lebih terserlah di jalan raya. Dilengkapi sistem brek dwicakera bagi roda depan dan belakang, Dash dijanakan enjin 109cc empat lejang dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi) dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Teknologi PGM-Fi diprogram menggunakan sistem kawalan elektronik ini menawarkan pembakaran bahan api lebih baik dan cekap tanpa mengorbankan kuasa pecutan.

Didatangkan bersama transmisi empat kelajuan, enjin ini menghasilkan kuasa 6.25kw pada 7,500rpm dan tork 8.42Nm pada 6,000rpm. Dengan ciri teknologi terbaru ini, ia tidak hanya meningkatkan prestasi malah mencapai penjimatan bahan api serendah 1.8 liter untuk 100 kilometer.

Harga ditawarkan bagi Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad ialah RM5,775.94 (brek cakera tunggal) dan RM6,040.94 (brek dwicakera) termasuk GST. Model ini dilengkapi jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km, yang mana terdahulu.

(myMetro)

[4662853]

Facebook Comments