Korea Utara tidak puas hati dengan PDRM dan Wisma Putra


KUALA LUMPUR 18 Feb. – Korea Utara melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Wisma Putra kerana dikatakan sengaja melambat-lambatkan proses penyerahan mayat abang pemimpin negara itu Kim Jong-nam.

Duta Besar Korea Utara, Kang Chol berkata, sebaik proses bedah siasat dilakukan, PDRM sepatutnya menyerahkan mayat Jong-nam kepada kedutaannya memandangkan tuntutan mayat itu telah dibuat kepada Wisma Putra.

“Namun Wisma Putra tidak memberikan sebarang maklum balas selepas kami menyerahkan permohonan. Pihak kedutaan turut bertemu dengan pihak tertinggi PDRM untuk membawa keluar mayat Jong-nam, namun ia ditolak.

“Mereka menolak permohonan kami dengan mempersoalkan isu-isu yang langsung tidak ada kena mengena dengan punca kematian Jong-nam,” katanya kepada pemberita di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Pada masa yang sama, Kang Chol menolak hasil bedah siasat yang dilakukan tanpa kehadiran pihaknya. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4658035]

Facebook Comments