Korea Utara tolak hasil bedah siasat Jong-nam

KUALA LUMPUR: Korea Utara akan menolak sebarang hasil bedah siasat ke atas mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam, yang dilakukan di sini.

“Pihak berkuasa Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran dan kehadiran kami. Kami akan menolak hasil bedah siasat yang dilakukan secara sebelah pihak yang mana kami tidak hadir,” kata Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol kepada wartawan di luar Institut Perubatan Forensik Negara, di sini malam ini.

Ini adalah kenyataan rasmi pertama dikeluarkan oleh pihak Korea Utara sejak pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu. – AFP

(BHONLINE)

[4657788]

Facebook Comments