Mohamed Azmin melenting isu SMUE

KLANG 17 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melenting apabila di­tanya pemberita mengenai isu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan bertindak melepaskan geram kepada UMNO serta kumpulan media.

MOHAMED AZMIN ALI Malah, beliau memperlekehkan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang membuat laporan me­ngenai isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

“Dia boleh dakwa apa sahaja, seribu satu macam dia boleh dakwa. Itulah perangai UMNO yang hodoh, bankrap dan tiada prinsip.

“Kita serahkan perkara ini kepada SPRM untuk siasat,” katanya selepas diasak berulang kali oleh pemberita ketika ditemui di Program Smart Trak di sini hari ini.

Semalam, Jamal ketika me­laporkan isu SMUE kepada SPRM mendedahkan sembilan ahli Parlimen pembangkang dari luar Selangor mendapat faedah daripada dana yang dikhususkan sebagai khairat kematian untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang di­lihat berang dengan perta­nyaan pemberita mempersoalkan mengapa isu tersebut perlu disiarkan oleh media tempatan.

“Macam mana media melaporkannya? Adakah tidak segan? Banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan contohnya masalah rakyat dan ekonomi?

“Jangan beri ruang kepada individu bankrap seperti ini dan bincanglah tentang isu masyarakat,” bebelnya.

(Utusan Online)

[4657722]

Facebook Comments