18 penumpang cedera kereta api tergelincir di Saudi


RIYADH 18 Feb. – Sebuah kereta api penumpang di Arab Saudi tergelincir berhampiran bandar Dammam, semalam mengakibatkan sebanyak 18 orang penumpang cedera.

Pertubuhan Kereta Api Saudi dalam satu kenyataan berkata, nahas berlaku selepas banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat mengakibatkan landasan rosak akibat hakisan.

Sebanyak 193 orang penumpang dan 6 krew kemudiannya dipindahkan ke sebuah kereta api lain dan dibawa ke Dammam sejurus insiden yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.

Hujan lebat melanda Arab Saudi sejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir kilat di selurh negara mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut di selatan wilayah Asir. – REUTERS

(Utusan Online)

[4657706]

Facebook Comments