Polis Thailand gagal temui sami dalam kuil terbesar


BANGKOK 18 Feb. – Polis Thailand semalam gagal menemukan seorang sami Buddha terkenal yang kini hidup dalam pelarian selepas didakwa terlibat dalam pe­ngu­bahan wang ha­ram sejurus menggeledah kuil terbesar di negara ini selama dua hari.

Bagaimanapun menurut jurucakap polis, pemburuan mereka terhadap Phra Dhammachayo, ketua Wat Phra Dhammakaya, sebuah kuil yang terletak kira-kira 50 kilo­meter di utara Bangkok itu tetap akan diteruskan.

“Kami mencari di seluruh kuil ini di setiap bangunan dan bilik, namun suspek tidak ditemukan.

“Namun kami akan meneruskan pencarian itu,” kata jurucakap Jabatan Siasatan Khas, Woranan Srilam. – REUTERS

(Utusan Online)

[4657708]

Facebook Comments