Turki mulakan pembinaan masjid kontroversi


ISTANBUL 18 Feb. – Turki memulakan pembinaan sebuah masjid di tengah Dataran Taksim, semalam projek kontroversi yang diperjuangkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dan berdepan perdebatan awam serta perbicaraan di mahkamah yang berlanjutan sejak sekian lama.

Kenderaan berat dilihat mula memasuki kawasan itu semasa satu majlis pecah tanah, ketika satu demonstrasi aman diadakan yang dikawal polis antirusuhan.

Rancangan pembinaan masjid di Taksim dibincangkan sejak berdekad lama dengan penyokong berhujah kawasan berhampiran hab paling sibuk di bandar itu kekurangan rumah ibadah. – REUTERS

(Utusan Online)

[4657707]

Facebook Comments