Selangor menang bergaya di laman sendiri


KUALA LUMPUR 17 Feb. – Selangor berjaya memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka apabila menewaskan Felda United 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.

Selangor berada di depan menerusi percubaan pemain import, Victor Astafei pada minit ke-29 dan skuad kendalian P. Maniam itu mengukuhkan kedudukan pada minit ke-43 hasil

jaringan Mohd. Raimi Mohd. Nor selepas penjaga gol Felda United, Farizal Harun menepis tendangan penalti Forkey Doe.

Ketika perlawanan memasuki masa tambahan pada hujung babak pertama, pertahanan Red Giants, Rizal Fahmi Rosid menjadikan kedudukan 3-0. Gol sagu hati pasukan pelawat diperoleh enam minit sebelum tamat perlawanan hasil tandukan Lucas Cano. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4657420]

Facebook Comments