Stacy selamat lahirkan bayi perempuan


Kuala Lumpur 17 Feb.- Penyanyi Stacy Anam, 27, selamat melahirkan anak perempuan petang tadi.

Menerusi laman Instagram suaminya, Akim Ahmad,26, yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, isterinya itu melahirkan anak pertama mereka pada jam 5.17 petang tadi di sebuah hospital.

“17.02.17 jam 17.17, di petang Jumaat penghulu segala hari,isteri saya selamat melahirkan putri kami.

“Syukur semuanya baik-baik sahaja, terima kasih di atas doa anda semua,” tulisnya di kapsyen gambar yang memaparkan gambar kaki anaknya itu.

Sementara itu Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, dan Akim, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella yang kini berusia lima tahun.- UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4657362]

Facebook Comments