Pilih Jamilah untuk terus majukan Tanjong Datu


KUALA LUMPUR 17 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pengundi di kawasan Tanjong Datu memberi sokongan padu serta memilih calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan esok.

Perdana Menteri juga yakin Jamilah akan meneruskan perjuangan bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk memajukan penduduk di kawasan tersebut.

“Hari ini adalah hari terakhir untuk berkempen bagi PRK DUN Tanjong Datu. Kepada semua pengundi, saya harap mereka tidak mengambil ringan pilihan raya ini dan akan keluar mengundi beramai-ramai esok.

“Berikanlah sokongan padu dan undilah calon BN, Jamilah Anu. Saya yakin beliau akan dapat meneruskan perjuangan Tok Nan (Adenan) untuk memajukan dan membawa lebih banyak perubahan kepada penduduk di Tanjong Datu,” katanya dalam catatan melalui laman Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4657003]

Facebook Comments