Kanak-kanak Rohingya ditahan mengemis

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Mengaut keuntungan lebih RM800 dalam tempoh dua jam.

Begitulah habuan diperoleh lapan kanak-kanak Rohingya yang menjual kepingan surah Yassin kepada orang awam di sekitar ibu negara hari ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (Stagg) Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berdasarkan pemantauan dijalankan pihaknya selama dua minggu, kegiatan kanak-kanak berkenaan bermula pada pukul 3 petang sehingga 7 malam setiap hari.

Ujarnya, kesemua mereka dibawa oleh penjaga masing-masing ke beberapa lokasi yang ditetapkan dan diberi telefon bimbit bagi memudahkan hubungan komunikasi.

“Susulan itu, kita menahan 16 individu iaitu lapan dewasa dan lapan orang kanak-kanak.

“Kesemua mereka tinggal dalam satu unit rumah di flat Nilam Puri, Ampang dan bergerak ke lokasi-lokasi sekitar dengan menggunakan pengangkutan awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Khairi memberitahu, kesemua kanak-kanak tersebut bukan sahaja mengemis sebaliknya memaksa orang awam memberi wang derma dengan menarik baju atau menghalang laluan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2012 dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4656983]

Facebook Comments