Pusat penyembelihan ayam akan diteruskan – DBKL

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membatalkan projek pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam Hala Bersepadu di Pasar Harian Selayang.

IBRAHIM YUSOFF Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, penduduk tidak perlu risau kerana projek berkenaan tidak akan memudaratkan mereka malah memberi kemudahan pada masa akan datang.

“Kajian telah dilakukan pelbagai pihak antaranya Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang membuktikan projek itu tidak menjejaskan sebarang aktiviti penduduk seperti yang didakwa sebelum ini.

“Selain itu, tempat letak kenderaan juga akan dibina yang mana terletak di tingkat atas pusat penyembelihan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Eko dan Biodegradable Day di Plaza Low Yat, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4656829]

Facebook Comments