Dirham khas sempena himpunan RUU esok


MOHD Adnan Abdullah. – Foto ihsan Mohd Adnan KOTA BHARU: Kelantan Golden Trade (KGT) menawarkan dirham khas kepada orang ramai sempena perhimpunan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), esok.

Pegawai Pemasaran, Mohd Adnan Abdullah, berkata sebanyak 2,000 keping dirham ditawarkan kepada orang ramai yang hadir pada perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Katanya, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di gerai jualan KGT dengan harga RM25 sekeping.

“Dirham khas sempena perhimpunan RUU 355 itu begitu cantik reka bentuknya dan amat sesuai untuk dimiliki sebagai kenangan atau hadiah kepada kenalan.

“Malah, dirham khas itu juga hanya dikeluarkan dengan kuantiti terhad dan orang ramai perlu cepat sekiranya berminat untuk memilikinya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap rakyat Kelantan meluangkan masa hadir Himpunan RUU 355 sebagai menyatakan sokongan terhadap pindaan Rang Undang-Undang berkenaan.

Akhbar hari ini melaporkan, PAS menjangkakan seramai 300,000 orang hadir di lokasi perhimpunan yang diadakan di Padang Merbok.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob, berkata perkembangan terakhir menunjukkan tindak balas positif daripada orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan itu.

(BHONLINE)

[4656798]

Facebook Comments