Nenek rayu bantuan rawat cucu sakit kulit kronik

17/02/2017 8:01pm

JITRA – Sudahlah hidup dalam kedaifan, seorang nenek, Tom Samah, 63, terpaksa pula menjaga dua cucunya yang menghidap penyakit kronik selepas kedua-dua ibu bapa mereka menghilangkan diri.

Tom berkata, seorang cucunya, Amar Darwish Azhari yang berusia 17 bulan mula menghidap penyakit kulit kronik sejak berumur setahun.

“Dia mula mengalami ruam selepas mendapat suntikan pada umur setahun di sebuah klinik kesihatan di sini.

“Bagaimanapun, ruam itu hilang tak lama selepas itu namun dikepalanya tumbuh biji seperti kudis. Sejak itu, dia mula mengalamai masalah kulit mengelupas, kering dan bersisik hampir keseluruhan badannya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tandop Kedabu, Kuala Jerlun di sini hari ini.

Lebih menyedihkan, Amar Darwish akan menangis setiap kali dimandikan kerana pedih dan gatal. – Bernama

(Kosmo)

[4656776]

Facebook Comments