Bantahan pusat penyembelihan tidak berasas, bersifat individu

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Tindakan pihak tertentu yang membantah pembinaan projek Pusat Penyembelihan Ayam Halal Bersepadu di Pasar Harian Selayang, di sini dilihat lebih bersifat individu dan kepentingan peribadi pihak tertentu.

ROSLI SULAIMAN Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Rosli Sulaiman berkata, bantahan yang dibuat pihak berkenaan adalah tidak berasas selain alasan yang dikemukakan tidak jelas.

“Saya difahamkan ada satu pihak yang membantah projek ini dan berkemungkinan kerana ia tidak mendatangkan keuntungan secara peribadi.

“Sedangkan apa yang cuba dilaksanakan kerajaan adalah untuk memastikan produk yang dikeluarkan khususnya dalam aspek penyembelihan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan selain faktor halal dan bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar gabungan pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang bersepakat menyokong penuh pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam Halal Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4656779]

Facebook Comments