Kit Siang nafi wujud pergolakan dalam DAP


LIM: “Mereka telah memperjelaskan pendirian mereka dan saya berpendapat adalah baik untuk maju ke hadapan.” – Gambar fail MELAKA: Penasihat DAP Lim Kit Siang menolak andaian wujud kemelut dalaman susulan empat wakil rakyatnya di Melaka keluar parti.

Mengakui kecewa dan marah dengan tindakan mereka, Kit Siang bagaimanapun berkata masih bersifat terbuka malah merelakan keputusan tersebut.

Kit Siang berkata sudah menjadi lumrah bagi mana-mana parti berdepan masalah dan apa yang penting bagaimana menanganinya.

Beliau turut menegaskan, parti itu tidak perlu lagi memikirkan soal empat wakil rakyat itu dan apa yang penting hanyalah terus melihat ke hadapan dan bekerja keras pada pilihan raya umum ke 14 akan datang.

“Mereka telah memperjelaskan pendirian mereka dan saya berpendapat adalah baik untuk maju ke hadapan. Mari ke hadapan, selepas mempersoalkan prinsip dan kejujuran saya, saya sudah berikan penjelasan,kita (DAP) harus ke hadapan untuk mencapai objektif,” katanya ketika mengadakan kunjungan di sekitar negeri Melaka termasuk kawasan empat wakil rakyat DAP yang keluar parti baru-baru ini.

Kunjungan tersebut bertujuan memohon maaf kepada pengundi selepas wakil rakyat mereka membelot kepada parti.

Empat wakil rakyat DAP, terdiri daripada Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Adun Duyong Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jack Wong dan Adun Kesidang Chin Choong Seong umum keluar parti pada Ahad. Mereka menyatakan mengambil tindakan tersebut kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP yang didakwa sudah tersasar dari matlamat perjuangan asalnya.

(Astro Awani)

[4640972]

Facebook Comments