Uber Tawarkan Harga 99 Sen Khas Buat Perjalanan Dibawah 4 Kilometer Untuk Masa Terhad



Uber sememangnya sebuah syarikat yang tidak pernah mengecewakan pengguna. Baik dari segi servis mahupun kawasan terbaru yang diumumnya. Terbaru, Uber pada hari ini mengumumkan syarikat mereka telah menawarkan sebuah promosi terbaru dimana setiap perjalanan dibawah 4 kilometer bakal dicas dengan harga 99 sen sahaja.

Melalui laman web Uber, promosi yang bermula pada 13 Februari dan bakal berakhir pada 26 Februari ini cuma ditawarkan buat UberX dan sah buat tempahan biasa. Sebarang tempahan melibatkan ‘schedule ride‘ atau tempahan berjadual tidak sah untuk menerima promosi ini.

Tawaran yang ditawarkan ini cuma khas dibuka buat mereka yang menggunakan servis ini sekitar Lembah Klang sahaja buat masa ini. Dalam pada itu, perjalanan ke KLIA dan KLIA2 adalah tidak dikira dan masih mengikut kadar yang ditetapkan.

Melihat kepada tawaran yang disediakan Uber, mungkin ini langkah terbaik buat anda yang belum pernah mencuba Uber dan ingin mendapatkan perjalanan pertama. Buat anda yang sudah kerap menggunakan servis ini, pastinya tawaran ini merupakan sebuah bonus.

(TheVocket)

[4632901]

Facebook Comments