Anggur punyai khasiat kuatkan daya ingatan


KAJIAN terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti California, Amerika Syarikat mendapati buah anggur mempunyai khasiat yang membantu menguatkan ingatan seseorang individu.

Ketua penyelidik, Dr. Daniel Silverman memberitahu, buah anggur juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer.

“Individu yang memakan sekitar dua genggam anggur sehari mempunyai daya ingatan yang lebih baik berbanding individu yang tidak memakan anggur setiap hari.

“Hal ini kerana nutrien yang terdapat dalam buah anggur boleh melindungi bahagian otak, seterusnya menguatkan memori,” katanya.

Silverman juga menambah, kesemua jenis anggur adalah baik untuk otak sama ada anggur hitam atau anggur putih.

(Kosmo)

[4628020]

Facebook Comments