Sesi ‘Bootcamp with Murad Zaidi’ di Xclusive Fitnesz






Berapa ramai yang gagal dalam mencapai resolusi tahun baru untuk fit, dan berapa ramai pula mengambil khidmat jurulatih peribadi dan masuk gim namun gagal mengekalkan aktiviti tersebut sebagai gaya hidup. Anda kurus beberapa bulan dan kembali ke bentuk badan asal kemudiannya.

Mahukah anda jadikan tahun ini lebih bererti dengan mengekalkan senaman sebagai gaya hidup? Jadikan 2017 sebagai tahun yang mampu mengubah hidup anda tetapi biarlah bimbingan diberikan dengan cara yang betul.

Murad Zaidi memang dikenali sebagai jurulatih yang mampu membantu klien membakar lemak dengan cepat dengan cara yang sebetulnya. Bukan sahaja kerana pengalaman malahan pengetahuannya dalam Ijazah sarjana dalam High Performance, Strength & Conditioning Specialist dari Catolica de Murcia Universiti di Sepanyol dan juga IFA Certified Personal Trainer sangat membantu.

Syed Mohammad Murad atau Murad Zaidi, sebuah nama besar dalam dunia usahawan dan juga industri fitness. Bermula pada usia 23 tahun, dia menubuhkan kem latihan terbesar dan sempurna di Lembah Klang—Exclusive Fitnesz (Xclusive Fitnesz) dan memulakan bootcamp pertama di Malaysia.

Kerana terlibat dalam sukan pertarungan, Murad Zaidi sering berulang-alik dari Malaysia ke luar negara. Namun kini dia kekal di Malaysia dan kembali membuka bootcamp. Malahan bootcamp adalah peluang buat anda mendapatkan khidmat senaman daripada Murad Zaidi secara lebih murah. Hanya RM150 sebulan untuk empat sesi.

Malahan, bootcamp dianjurkan bukan sekadar latihan biasa tetapi gabungan senaman dan juga boxing termasuk arobik dan anarobik selengkapnya. Setiap sabtu pagi bermula jam 8.45 pagi sehingga 10 pagi, apa salahnya memulakan hujung minggu dengan mengeluarkan peluh.

Murad Zaidi menjadi jurulatih strength & conditioning pada atlit dan individu persendirian termasuk kerabat diraja, menteri, VIP, VVIP, selebriti dan masih menerima tamu luar Negara yang datang berlatih beberapa bulan di Malaysia. Berkunjung ke Xclusive Fitnesz, anda mungkin bertembung dengan selebriti tersohor.

Dibesarkan di Queens, Amerika Syarikat, Murad Zaidi mendapat bimbingan daripada jurulatih bertauliah di luar Negara yang turut melatih artis antarabangsa. Antara jurulatih Murad Zaidi adalah coach Milos Sarcev, Strength and Conditioning/Bodybuilding dan coach Mike Passeinar, Kickboxing coach. Jurulatih boxing dan MMA pula coach Jimmy Trupia dan jurulatih Muay Thai adalah coach Dang dari Tiger Muay Thai, Phuket & coach Halim dari Songkla, Thailand.

Mula berjinak-jinak dengan dunia latihan gim sejak usia 15 tahun ketika di Queens, New York. Lebih 10 tahun di dalam industri senaman, dia menimba pengalaman luas ketika berada di luar Negara termasuk Amerika Syarikat dan benua Eropah. Sekembalinya ke Malaysia, Murad Zaidi berharap dapat mengubah gaya hidup anak bangsanya menjadi rakyat lebih sihat, cergas dan pro aktif.

(EH)

[4622204]

Facebook Comments