Cara Diet Pelik Selebriti







Siapa tidak mahu memiliki badan selangsing Miranda Kerr, paling tidak pun punya bentuk (curvy) seperti Beyonce.

Gambar : Sumber Google

Selain bersenam, mungkin anda mahu mencuba trik diet lima selebriti ini. Tapi, hati-hati, trik ini mungkin keterlaluan dan tidak sesuai dengan semua orang.

Victoria Beckham- Sajian Besar Tapak Tangan

Dia hanya memakan lima hidangan sehari, dan setiap hidangan ini saiznya hanyalah sebesar tapak tangan seperti salmon, tuna dan telur. Dia juga tidak mengambil makanan atau minuman manis.

Beyonce – Minuman Detoks

Untuk menyempurnakan wataknya di dalam filem Dreamgirls, Beyonce terpaksa menurunkan berat badannya dan dia mengamalkan minuman detoks yang mengandungi jus lemon, maple syrup dan cayyene pepper. Dan sehingga kini dia terus mengamalkan minuman itu.

Olivia Munn- Makan Kentang Jepun

Bintang Office Christmas Party ini mengamalkan memakan kentang Jepun. Ya kentang! Walaupun ramai berpendapat kentang menggemukkan namun Olivia setia memakan kentang yang dimasukkan ke dalam oven bersama minyak zaitun dan

kulit kayu manis. Dia memakannya sebagai pemanis mulut.

Miranda Kerr- Sesudu Minyak Kelapa

Jika trik ini datangnya daripada supermodel, tiada alasan untuk tidak kita mencubanya. Miranda Kerr mengamalkan memakan sesudu minyak kelapa setiap kali dia makan. Khabarnya minyak kelapa baik untuk mempercepatkan proses penghadaman.

Renee Zellweger- Mengunyah Kiub Ais

Bintang Bridget Jones Diary ini mengamalkan mengunyah kiub ais bila-bila dia lapar. Walaupun tiada khasiat (sekadar air) namun dia berasakan dengan menguyah kiub ais dia seperti memakan sesuatu. Jadi dia tidak berasa lapar.

(EH)

[4622208]

Facebook Comments