Sebab Mengapa Anda Perlu Tidur Tanpa Seluar Dalam!


Mungkin majoriti wanita memang sudah biasa tidur dengan memakai seluar dalam, malah tidur dalam keadaan di bawah sana yang terbuka memang mengundang ketidakselesaan.

Namun kata kebanyakan pakar dan ginekologi anda memang sepatutnya tidak memakai seluar dalam ketika tidur lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah dengan vagina anda.

Antara masalah vagina adalah seperti Jangkitan yis, yakni lebih kurang 70% wanita akan dijangkiti penyakit ini sekali seumur hidup.

Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya anda mengandung, kerana wanita mengandung lebih terdedah kepada jangkitan ini sepanjang kandungan.

3 sebab mengapa tidak memakai seluar dalam adalah keputusan yang bijak!

1. Selain keputihan dan peluh di bawah sana, fikirkan dalam keadaan lembap itu apa yang boleh dihasilkan? Bakteria bukan? jadi dengan pemakain seluar dalam ketika tidur ia akan memerangkap lembapan lantas menghasilkan bakteria.

2. Dengan keadaan di bawah yang kering dan bersih ia akan membiarkan vagina anda bernafas lantas ia akan terjaga dengan sendirinya.

3. Sekiranya anda memang menghidap jangkitan yis, dengan tidak memakai seluar dalam adalah rawatan terbaik untuk vagina anda!

Big NO?

1. Tidak selesa? Tidak mengapa, anda boleh memilih untuk memakai seluar pajama kapas yang longgar ketika tidur, yakni anda tidak berasa terlalu ‘bogel’. Malah dengan pemakaian seluar pajama longgar atau seluar dalam kapas yang longgar ia dapat menyerap lembapan dan bukannya memerangkap lembapan.

2. Elakkan seluar dalam dengan material renda atau sutera kerana teksturnya akan merengsakan lagi vagina anda. Namun jika anda sebenarnya memang tidak mempunyai masalah memakai seluar dalam ketika tidur tidak mengapa. Anda boleh meneruskan rutin anda itu seperti biasa. Tiada apa yang perlu dibimbangkan!

(EH)

[4622213]

Facebook Comments