Kesan terbakar palam pencucuh


Saya memiliki Proton Saga 1.5i dan baru menukar palam pencucuh tetapi yang menjadi masalah, terdapat kesan terbakar pada bahagian hujung palam pencucuh berwarna putih. Adakah ini satu masalah dan apakah yang perlu dilakukan?

Azmi Babu,

Johor

Hujung palam pencucuh berwarna putih adalah simptom atau gambaran bahawa enjin anda beroperasi terlalu panas atau campuran bahan api ke karburator terlalu nipis.

Ada kemungkinan penalaan karburator anda berubah dan menyebabkan campuran bahan api menjadi terlalu nipis. Palam pencucuh bertukar warna menggambarkan situasinya yang beroperasi terlalu panas.

Periksa sama ada masalah dalam sistem penyejukan enjin, campuran bahan api atau pemasaan pencucuhan tidak jitu.

Jika anda mendapati elektrod pada palam pencucuh sudah mencair, bermakna enjin pernah beroperasi terlalu panas bagi tempoh lama.

(myMetro)

[4621702]

Facebook Comments