APMM tahan dua tongkang bawa 1,092 kayu balak

RAMPASAN: Hamzah (dua kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah yang disembunyi dalam bagasi di Kompleks Kastam KLIA, Sepang semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua tongkang membawa muatan kira-kira 1,092 batang kayu balak dalam satu operasi di kawasan perairan Kuala Batang Rajang, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kuching Komander Shahref Steve Mac Queen berkata kedua-dua tongkang tersebut ditahan kira-kira 6 Batu Nautika dari Tanjung Jerijeh selepas dilihat mencurigakan sekitar jam 8 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan APMM sehingga jam 10 pagi mendapati kedua-dua tongkang tersebut mengemuka dokumen meragukan berkaitan balak dibawa.

“Tongkang itu diperiksa daripada jam 8 hingga 10 pagi tadi (semalam) dan selesai pemeriksaan mendapati dokumen berkaitan balak dibawa meragukan menyebabkan kedua-dua tongkang tersebut ditahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau menjelaskan,jumlah keseluruhan balan ditahan

dalam kedua-dua tangkapan adalah dalam anggaran 1,092 batang dan kes tersebut diserah kepada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) untuk siasatan lanjut.

Shahref Steve selain itu turut memberitahu operasi khas tersebut adalah untuk membasmi kegiatan perbalakan haram sepenuhnya di negeri ini.

“Operasi dilaksanakan adalah sebagai usahan APMM DM11 meneruskan aspirasi yang ddinginkan oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk membasmi kegiatan pembalakan haram sepenuhnya di Sarawak.

“Justeru, kita mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 082-432544,” katanya.

(BorneoPost online)

[4566348]

Facebook Comments