Sarikei ungguli Kejohanan Bola Jaring Terbuka Nisa’ Sarawak 2017

SIBU: Pasukan Persatuan Bola Jaring Sarikei muncul juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka Nisa’ Sarawak 2017 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah (SM) Tinggi Sarikei.

Dengan kemenangan itu, Persatuan Bola Jaring Sarikei menerima hadiah wang tunai RM300, piala, medal dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi SM Tinggi Sarikei diikuti Net Fighter di tempat ketiga.

Masing- masing menerima wang tunai RM200 dan RM100, berserta medal dan sijil.

IPGK Rajang (A) pula menduduki tempat keempat dan menerima hamper serta sijil penyertaan.

Pasukan-pasukan lain mengambil bahagian ialah IPGK Rajang (B), Imtiaz, Meradong Junior, Rouge Team, Squad#Coffee dan Hot Shots.

Sebanyak 10 pasukan menyertai kejohanan anjuran Nisa’ Sarawak dengan kerjasama Nisa’ Sarikei dan Nisa’ Saratok itu.

Pengarah kejohanan, Adha Sulaiman berkata kejohanan itu bagi memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan silaturahim kalangan pemain.

Katanya, program itu juga bagi mempromosikan Nisa’ selain seiring dengan tema Nisa’ Sarawak iaitu ‘Sihat Bersama Nisa’.

“Pengurusan kejohanan ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak bersamasama menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Ketua Unit Kesenian dan Sukan Nisa’ Sarawak, Nor Hidayah Osman.

Hadir sama Ketua Nisa’ Sarikei, Nur Sakinah Misrom dan semua AJK Nisa’ Sarikei, Nisa’ Saratok dan Nisa’ Sibu.

(BorneoPost online)

[4566294]

Facebook Comments