Tiga keluarga dari Rh Unsa Sekandis terjejas akibat banjir

TINJAU: Pasukan APM meninjau keadaan di Rumah Unsa Sekandis yang terjejas akibat dinaiki air semalam.

SRI AMAN: Tiga keluarga dari Rumah Unsa Sekandis di Engkilili terjejas apabila kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat tanpa henti awal pagi semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila hujan lebat tanpa henti bertembung dengan air sungai yang turut menjejaskan sebuah kediaman akibat tanah susur.

“Menurut Ketua Kampung (Unsa Sekandis), hujan lebat mulai turun lebat pada jam 4.30 pagi sehingga menyebabkan tiga buah pintu rumah dinaiki air setinggi lima kaki dan mengalami kerosakan pada struktur rumah, tanaman dan ternakan.

“Keadaan hujan lebat dan air deras juga mengakibatkan hakisan tanah di sebuah rumah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pasukan APM Sri Aman yang diketuai merupakan agensi yang pertama tiba di lokasi sekitar jam 9 pagi.

Katanya, pihaknya bergegas ke lokasi susulan menerima panggilan dari Tuai Rumah Unsa Sekandis bagi memaklumkan kejadian itu sekitar 7.30 pagi.

Insiden itu secara keseluruhan melibatkan 11 mangsa dari tiga pintu rumah.

(BorneoPost online)

[4561833]

Facebook Comments