Lelaki tersepit dalam van kemalangan kendiri

SIBU: Seorang lelaki digegaskan ke Hospital Sibu selepas tersepit di tempat duduk sebelah pemandu sebuah van dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Pahlawan di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, 37, bersama seorang pemandu wanita warga China menaiki sebuah van dikatakan hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok di tepi jalan.

Tidak dapat dipastikan punca van tersebut tiba-tiba hilang kawalan namun kemalangan itu mengakibat mangsa tersepit di tempat duduk dan mengalami kecederaan.

Difahamkan, pemandu terbabit (tiada pengenalan diri) terselamat dan keluar dari kenderaan sendiri.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sungai Merah menerima panggilan kecemasan jam 3.40 pagi bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

Mangsa cedera kemudian dibawa oleh ambulans ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan susulan.

(BorneoPost online)

[4561810]

Facebook Comments