Masing angkat sumpah jawatan di hadapan TYT

ANGKAT SUMPAH: Tun Taib menyerahkan watikah pelantikan kepada Masing sebagai anggota kabinet Sarawak pada majlis angkat sumpah yang berlangsung di Astana Negeri, semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing mengangkat sumpah jawatan di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri, semalam.

Istiadat Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Micheal Manyin Jawong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Majlis angkat sumpah bagi semua menteri muda dan menteri kabinet telah diadakan pada 19 Januari lalu.

(BorneoPost online)

[4561809]

Facebook Comments