Turki larang media lapor pembunuhan Andrei Karlov

Agensi berita Anadolu melaporkan, arahan itu meliputi larangan penyiaran gambar mangsa serta sebarang laporan tentang siasatan yang sedang dilaksanakan termasuk melibatkan saksi, suspek dan Karlov sendiri.

Keputusan mahkamah itu dibuat sehari selepas ahkbar harian, Hurriyet menyiarkan temu ramah terperinci dengan kakak penyerang, Mevlut Mert Altintas yang bernama Seher O.

Jelas mahkamah, larangan itu berkuat kuasa sepanjang siasatan dilangsungkan. – AFP

(Utusan Online)

[4453874]

Facebook Comments