Dua pengikut ‘Tuhan Harun’ dijatuhi hukuman mati

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman mati terhadap dua pengikut Tuhan Harun yang terbabit dalam pembunuhan Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Sumustapha Suradi, 41 tahun dan Shamsinar Abdul Halim, 39 tahun didapati bersalah membunuh Ahmad Raffli pada 1.50 petang, di no 7, Lorong Im 2/29, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 10 Nov 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan selepas berpuas hati dengan hujah pendakwaan berdasarkan ketereangan anak dan isteri mangsa.

Kedua-dua mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara empat lagi tertuduh iaitu Azida Mohd Zol,33 tahun, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40 tahun dan Jefferi Safar, 39 tahun dilepas dan dibebaskan selepas pendakwaan gagal membuktikan penglibatan mereka dalam konspirsi berkenaan.

Pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Nurul Farahah Mohd Suah Dan Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim dan Naim Mahmud

Tuduhan terhadap Tuhan Harun atau Harun Mat Saat, 50 tahun yang meninggal dunia pada 16 Ogos digugurkan selepas peguamnya, Amir Hamzah Arshad membuat permohonan berkenaan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, seramai 54 saksi dipanggil memberi keterangan termasuk saksi yang berada di bawah Unit Perlindungan Saksi.

(Astro Awani)

[4453868]

Facebook Comments