6 Aksi “Panas” Yang Ada Dalam Movie Underworld: Blood Wars! Ok Tutup Mata Ye.. – OHBULAN!












Siapa suka cerita pasal vampire dengan werewolf ni? Haaa cerita ni makin gempak tau dari yang pertama iaitu Underworld, Underworld Evolution (2006), Underworld Rise Of The Lycans (2009), Underworld Awakening (2012) dan yang terbaru yang akan ditayangkan tak lama lagi iaitu Underworld: Blood Wars (2017, Januari)

Mesti korang tak sabar kan? Meh admin nak bagi tahu sikit serba sedikit pasal movie nih. Underworld ni mengisahkan tentang seorang perempuan iaitu main karakter, Selene, yang menjadi hero dan heroin dalam masa yang sama.

Basically, Underworld ni adalah kisah tentang war diantara Lycans dengan vampire. Dua-dua ni memang musuh ketat la. Tapi yang menarik tentang movie Underworld ni, Selene (main karakter) ni ada motif yang lain tau. Dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia tak team up dengan Lycans dan vampire.. Haa nak tahu apa tak..? Tengok la sendiri.

Nak tahu kenapa Lycans attack vampire punya safe house? Sebab Lycans mencari sesuai yang sangat penting bagi dorang yang boleh membuatkan ketua Lycans ni iaitu, Marius, menjadi lebih powerful.

Selene kembali dengan niatnya tersendiri apabila ketua baru puak lycans ingin sesuatu daripada selene dan anaknya. Apalah agaknya yang diinginkan oleh ketua puak terbaru lycans tu kan?Korang kena tengok sendiri!

Selene kembali dengan dendamyang membuak-buak didalam dirinya. Mak aih makin marah si Selene ni tau!

Peperangan kali ini menjadi lebih personal untuk Selene lepas apa yang terjadi kepada orang yang dia sayang. Kini selene kembali dengan lebih kekuatan untuk membalas dendam kepada puak Lycans nih.

Tapi kekuatan selene menjadi luar biasa dalam episode Underworld: Blood Wars ni tau. HAAA kekuatan apa yang dimaksudkan tu eh?Tunggu je la. Hehehe

Marius sebagai ketua puak Lycans terbaru nak menghancurkan vampire buat kali terakhir dimana mereka mengatur langkah yang gempak untuk menghapuskan semua vampire.

Lycans membina askar mereka yang begitu kuat sehingga puak vampire tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Lycans sehinggalah kemunculan Selene. Adakah kekuatan selene boleh menandingi beratus askar puak Lycans?

Ataupun selene mendapat pertolongan daripada pihak lain? Jawapannya, nanti yerr..

Kalau korang nak tahu, ini merupakan peperangan terakhir diantara puak Vampire dan Lycans tau..

Kehadiran Selene untuk membantu puak vampire menentang Lycans tapi bila berhadapan dengan ketua baru yang bernama Marius adakah Selene mampu mencabar kekuatan beliau ataupun hayat Selene akan berakhir? Uishhhh seram nih!

Dalam WAR yang terakhir dalam Underworld: Blood Wars kali ni, Selene hanya mempunyai dua orang yang dia percayai iaitu david (Theo James) dan bapanya Thomas (Charles Dance).

Disebabkan dia pernah dikhianati oleh puak Vampire nya sendiri membuatkan Selene lebih berhati-hati dengan semua orang.

Korang rasa, adakah Selene akan menghapuskan puak vampire sekali? Itu merupakan tanda tanya yang tiada jawapan buat masa ini. Sama sama kita nantikan!

Haa kali ini akan menampilkan sesuatu yang baru yang memang tidak akan dijangka. Kehadiran Selene bagi membalas dendam tetapi kekuatan Marius sangat sukar untuk ditandingi.

Tapi.. Jeng jeng! Sesuatu yang tidak disangka oleh Marius berlaku apabila banyak askarnya telah tewas ditangan seseorang yang mempunyai kelebihan untuk menghilangkan diri dengan pantasnya.

Adakah individu ini berpihak kepada Selene ataupun hanya muncul untuk menghapuskan Lycans? Sama sama kita nantikan!

Kate Beckinsalesebagai Selene

Theo Jamessebagai David

Lara Pulversebagai Semira

Charles Dancesebagai Thomas

Tobias Menziessebagai Marius

Alicia Vela-BaileysebagaiSafehouse Lycan

Trent GarrettsebagaiHybrid Michael

Daisy Headsebagai Alexia

Dan ramai lagi!

(OHBULAN)

[4310669]

Facebook Comments