Terima kasih kepada penderma


Kuantan: Penduduk sekitar Balok, Sungai Ular, Cherating dan Cendor, di sini, terutama penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan petrol percuma di sebuah stesen minyak di Gebeng, di sini, hari ini.

Dengan dua sesi iaitu jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang serta jam 4 petang hingga jam 6 petang, kebanyakan penunggang yang berada sekitar kawasan berkenaan tidak melepaskan peluang beratur mendapatkan bahan bakar itu seawal jam 11 pagi.

Penunggang motosikal bergegas ke stesen minyak itu selepas tersebar satu foto di laman sosial mengenai petrol percuma akan diberikan hari ini selama empat jam iaitu dua jam bagi setiap satu sesi.

Dua pam dibuka kepada pemilik motosikal bagi memastikan mereka tidak menunggu lama mengisi petrol percuma itu.

Bagaimanapun, tiada pendedahan berhubung individu yang mendermakan bahan bakar itu, namun difahamkan ia disumbangkan seorang ahli perniagaan yang enggan mendedahkan identiti.

(myMetro)

[4183977]

Facebook Comments