Peniaga didenda, pamer nombor plat palsu

Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan turut memerintahkan Kamarul Affindi Amri, 26, menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu untuk memperdayakan orang ramai di Jalan Ampang di sini, pada pukul 11.00 malam, semalam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Terdahulu, Kamarul Affindi merayu hukuman ringan kerana dia hanya membantu ibunya berniaga nasi lemak manakala bapanya kurang sihat dan adik yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Trafik, Asisten Superintenden Abdullah Said memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dalam Ops Kesan Nombor Pendaftaran Palsu menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC warna hijau/putih bernombor pendaftaran WQM3020 dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dilakukan didapati nombor pendaftaran asal motosikal tersebut adalah WUT5374. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[3853577]

Facebook Comments