6 Checklist Mesti Ada Pada Seorang Lelaki Sebelum Berangan Nak Jadi Agen Perisik! – OHBULAN!

Selain jadi polis, tentera, bomba dan sewaktu dengannya, korang pernah tak masa kecil-kecil berangan nak jadi agen perisik? Mana taknya, dengan lambakan filem berkonsepkan agen perisik, sedikit sebanyak korang mesti terpengaruh juga.

Tapi, layakkah korang bergelar agen perisik? Tahan ke mental dan fizikal korang? Well, korang cuba check senarai ni dulu sama ada korang ni berbakat jadi agen perisik ataupun tidak.

Mungkin ada yang cakap ‘sado’ tak semestinya gagah kan? Ada je lelaki ‘sado’ yang lemah gemalai. Tapi, secara luarannya, bila musuh nampak agen perisik tu berbadan sado, at least mereka rasa gentar lah juga berbanding badan kurus kering.

Bukan susah pun nak jadi ‘sado’, kena rajinkan diri pergi gimnasium je bro!

Kadang-kadang bukan perlu handsome sangat pun, cuma mesti ada kemachoan di wajahnya. Plus, kami rasa janganlah mamat k-pop berwajah putih mulus jadi agen perisik. Terlampau kiut miut sangat. Peminat k-pop sila jangan kecam ok!

Kalau takde skill nak bertarung dengan musuh, macamana lah nak bergelar agen perisik kan? Kalau rasa-rasa diri tu takde ilmu mempertahankan diri yang power, padamkan jelah cita-cita tu ya. Tak pasal-pasal bila sekali kena tumbuk, masuk hospital berbulan-bulan pula.

Bukan setakat pistol biasa je, tapi bila berimpian nak jadi agen perisik, korang mesti ada keberanian nak handle senjata super bahaya seperti bom tangan, machine gun dan sebagainya.

Malah, otak korang juga harus ligat berfikir untuk membuat ‘senjata segera’ daripada barang-barang yang ada disekitar pada waktu-waktu kecemasan di mana korang tak mempunyai senjata lengkap. Mampu?

Sebagai seorang agen perisik, kriteria utama haruslah ‘tak takut mati’. Secara logiknya, agen perisik sudah tentu akan menerima misi-misi yang sangat berbahaya dan mungkin boleh menggugat keselamatan mereka. Kalau rasa kena api sikit pun dah menjerit, kami nasihatkan tak payahla ye!

Nak jadi agen perisik? Nah, korang boleh belajar nak menjadi agen perisik yang cool dengan Matt Damon bila korang menonton filem Jason Bourne yang bakal berada di pawagam pada 28 Julai 2016 ini.

Dengar khabar, filem ni memang berbaloi ditonton kerana penuh dengan aksi-aksi hebat bukan sahaja daripada Matt Damon, malah barisan pelakon lain seperti Jeremy Renner, Julia Stiles, Joan Allen dan ramai lagi.

So, apa tunggu lagi, Cepat booking tiket wayang anda sekarang sebab kami yakin filem ni mesti box office!

Share the post “6 Checklist Mesti Ada Pada Seorang Lelaki Sebelum Berangan Nak Jadi Agen Perisik!”

(OHBULAN)

[3767646]

Facebook Comments